| FUNGSI & KONSEP | ||
| Fungsi Perbadanan Taman Negeri adalah seperti berikut; | ||
| Mewujudkan taman-taman semulajadi yang berpotensi sebagai Taman Negeri dan memaksimakan faedah daripadanya untuk melindungi spesies fauna dan flora terutama yang terancam. | ||
| Sebagai penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam perkara berhubung pemeliharaan, penggunaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan taman-taman negeri. | ||
| Memulakan, menyelaras dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang ditubuhkan di bawah Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak. | ||
| Menjaga dan memelihara alam semulajadi mengikut piawaian antarabangsa. | ||
| Konsep Pembangunan adalah seperti berikut; | ||
| Menyediakan prasarana bagi aktiviti eko-pelancongan, penyelidikan dan rekreasi yang berbentuk low impact dan mesra alam. | ||
| Mewujudkan aktiviti pendidikan serta latihan yang menjurus ke arah konservasi. | ||
| Menjadikan kawasan Taman Negeri Royal Belum sebagai salah satu kawasan pemuliharaan kepelbagaian biologi. | ||
| Mewujudkan pusat penyelidikan & pembangunan flora & fauna bagi kegunaan penyelidik dari dalam dan luar negara. | ||