BERITA & PROGRAM

Fakulti Perubatan Veterinar UPM dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Vetpil Hidupan Liar@Taman Negeri Perak pada 9 Mac 2022 yang lalu. Program ini adalah perkongsian ilmu antara akademia dan pemegang taruh hidupan liar yang memfokuskan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan berkaitan penyakit berjangkit zoonosis dari hidupan liar, kepupusan hidupan liar dan konservasi hidupan liar. Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Abdul Rahman Omar dan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, En. Mohamed Shah Redza Hussein telah bersama hadir ke program ini. Selain dari perkongsian ilmu, perbincangan dua hala antara Perbadanan Taman Negeri Perak dan Fakulti Perubatan Veterinar bagi kerjasama melindungi hidupan liar telah diadakan, dan kedua-dua pihak amat positif untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama bagi menjaga dan melindungi hidupan liar khususnya di hutan Di Raja Belum, Perak.