Majlis Mesyuarah Taman Negeri Royal Belum telah berlangsung selama empat hari bermula
8 Jun 2022 sehingga 11 Jun 2022 di Taman Negeri Royal Belum. Majlis ini
melibatkan masyarakat Orang Asli di Taman Negeri Royal Belum termasuklah golongan wanita. Majlis ini juga bertujuan mendedahkan
masyarakat Orang Asli mengenai Prinsip Izin, Maklum Awal, Bebas dan Telus, memberi pemahaman mengenai usaha dan perancangan
Perbadanan Taman Negeri Perak bagi masyarakat Orang Asli serta mendedahkan mereka mengenai pelbagai inisiatif antarabangsa
Taman Negeri Royal Belum seperti UNESCO, Tapak Warisan ASEAN, CA|TS dan lain-lain.
|