Perbadanan Taman Negeri Perak dan Toursm Perak Management Bhd dengan kerjasama Persatuan Fotografi Dan Kesenian Hulu Perak telah menganjurkan “Royal Belum Photography Challenge 2016" pada 5-7 Mac 2016 bertempat di Sg. Kenarong, Royal Belum. Perasmian dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh YB Puan Salbiah bin Mohamed, ADUN Temenggor. Turut hadir, Puan Noor Asmah binti Mohd Nawawi, Pemangku Pengurus Besar Merangkap Timbalan Pengerusi PTNPK dan Puan Suriani bt Samsuddin wakil dari NCIA.
Seramai 30 orang peserta telah mengambil bahangian dalam program selama 3 hari itu.
Antara objektif program diadakan adalah untuk mempromosikan Royal Belum sempena Tahun Melawat Perak 2017, menterjemahkan keindahan Royal Belum untuk tatapan umum, menghasilkan gambar-gambar yang menarik yang menggambarkan keindahan Royal Belum, membantu memperbanyakkan koleksi gambar di dalam Laman Web Perbadanan Taman Negeri Perak dan memperkenalkan Taman Negeri Royal Belum sebagai salah satu ikon Pelancongan Negeri Perak.
Juara “Royal Belum Photography Challenge 2016" telah disandang oleh Muhammad Hamirul Shah bin Abd Razak dari Grik dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000. Tempat kedua pula telah dirangkul oleh Mohd Rahizan bin Abdul Rahim dari Kuala Kangsar dengan hadiah wang tunai RM700 dan tempat ketiga oleh Nooreman bin Noor Faadi dari Ipoh dengan hadiah wang tunai RM500. |