BERITA & PROGRAM

Program “Royal Belum Eco Challenge 2016” ini adalah anjuran Perbadanan Taman Negeri Perak dengan Kerjasama Tourism Perak, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perak dan ADUN Temenggor. Ianya diadakan pada 21 Mei 2016 hingga 23 Mei 2016 dan dirasmikan oleh YB Puan Salbiah bin Mohamed, ADUN Temenggor. Turut hadir, Puan Noor Asmah binti Mohd Nawawi, Pemangku Pengurus Besar Merangkap Timbalan Pengerusi PTNPK dan En. Mohamad Hizaz bin (Pengarah Pej. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Perak - MOTAC).

Seramai 38 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program selama 3 hari itu.

Antara objektif program diadakan adalah untuk mempromosikan Royal Belum sempena Tahun Melawat Perak 2017, memperkenalkan Royal Belum sebagai salah satu ikon Pelancongan Negeri Perak, menjadikan Taman Negeri Royal Belum sebagai pusat sukan air dan sukan lasak, mempelbagaikan aktiviti pelancongan di Royal Belum, mendedahkan kepelbagaian biodiversity kepada peserta, mendedahkan kepentingan konservasi dalam alam semulajadi kepada peserta, untuk meningkatkan daya tarikan Negara sebagai destinasi pelancongan utama dan mewujudkan kerjasama yang erat antara NGO dan Jabatan Kerajaan.

Progam “Royal Belum Eco Challenge 2016” ini merupakan projek yang dapat membantu memperkenalkan Taman Negeri Royal Belum sebagai satu destinasi pelancongan yang terkenal di dunia dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang menarik. Serta dapat memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang kepentingan konservasi kepada peserta. Ia juga secara tidak langsung dapat menaikkan nama Tasik Temenggor sebagai lokasi Sukan Air dan sukan lasak