| SYARAT & PERATURAN | ||
| Permit kemasukan adalah melalui Perbadanan Taman Negeri Perak. Jumlah orang, nama, no. i.c., alamat, no.telefon dan tarikh kemasukan hendaklah disertakan. | ||
| PERATURAN-PERATURAN SEMASA BERADA DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI TAMAN ALAM KINTA | ||
| Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri - | ||
| 1. | Tidak boleh memburu, menjerat dan menangkap hidupan liar. | |
| 2. | Tidak boleh menangkap ikan dengan memukat,menjala, teknik bom, kejutan elektrik,panah, racun, bubu dan teknik-teknik bersalahan dengan kaedah perikanan. | |
| 3. | Tidak boleh melakukan aktiviti yang menghasilkan bunyi yang melampau dan mengganggu burung dan pelancong. | |
| 4. | Tidak boleh guna kemudahan dalam kawasan tanpa kebenaran. | |
| 5. | Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata. | |
| 6. | Tidak boleh keluarkan apa-apa spesies flora dan fauna. | |
| 7. | Tidak boleh menebang dan memusnahkan pokok-pokok. | 8. | Tidak boleh membawa haiwan ke dalam kawasan. |
| 9. | Perlu ada kebenaran dari perbadanan untuk menjalankan penyelidikan. | |
| 10. | Keperluan untuk memohon permit untuk memasuki Taman Alam Kinta. | |
| 11. | Fi dan Caj akan dikenakan apabila Perbadanan telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. | |