PULAU - PULAI DI PULAU SEMBILAN

PULAU LALANG

1. Merupakan pulau kedua terbesar.
2. Dianggarkan seluas 38 hektar.
3. Terdiri daripada rangkaian 2 pulau yang hanya dapat dilintasi dengan bjalan kaki sewaktu air surut.
4. Mempunyai sumber air tawar yang bersih.
5. Mempunyai pantai yang bersih & menarik.
6. Sesuai untuk aktiviti berkhemah.
7. Juga sesuai untuk aktiviti menyelam, ‘snorkling’ & merentas hutan.
8. Di pulau ini juga dapat menikmati & melihat suasana matahari terbit dan juga matahari terbenam.


PULAU BULUH

1. Dianggarkan seluas 28 hektar.
2. Mempunyai kawasan hutan dan berbatu.
3. Terdapat pelbagai jenis pokok-pokok hutan dan pokok herba.
4. Tiada kawasan pantai.
5. Sesuai untuk aktiviti menyelam, memancing & merentas hutan.



PULAU SAGA

1. Dianggarkan seluas 5 hektar.
2. Mempunyai kawasan hutan dan berbatu.
3. Tiada kawasan pantai.


PULAU NIPIS

1. Dianggarkan seluas 7 hektar.
2. Mempunyai kawasan hutan dan berbatu.
3. Terdapat pelbagai jenis pokok-pokok hutan dan pokok herba.
4. Tiada kawasan pantai.
5. Sesuai untuk aktiviti memancing & merentas hutan.



PULAU BATU PUTIH

1. Dianggarkan seluas 2 hektar.
2. Mempunyai kawasan berbatu.
3. Tiada kawasan pantai.
4. Sesuai untuk aktiviti memancing, ‘trolling’ dan menyelam.


PULAU RUMBIA

1. Merupakan pulau yang terbesar.
2. Dianggarkan seluas 98 hektar.
3. Mempunyai sumber air tawar.
4. Mempunyai pantai yang bersih dan menarik.
5. Sesuai untuk aktiviti berkhemah.
6. Juga sesuai untuk aktiviti menyelam & ‘snorkling’
7. Mempunyai pemandangan yang menarik.


PULAU PAYUNG

1. Dianggarkan seluas 1 hektar.
2. Mempunyai kawasan berbatu.
3. Tiada kawasan pantai.
4. Sesuai untuk aktiviti memancing


PULAU AGAS

1. Dianggarkan seluas 2 hektar.
2. Mempunyai kawasan berbatu.
3. Tiada kawasan pantai.
4. Sesuai untuk aktiviti memancing.