UTAMA

PROGRAM PENANAMAN ORKID KINTA WEED

Orkid Kinta Weed ataupun papilionanthe hookeriana merupakan orkid yang hidup di kawasan lombong atau paya dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. Perbadanan Taman Negeri Perak berharap agar penanaman orkid ini di Taman Alam Kinta dapat mengembangkan lagi populasi orkid ini dan mengelakkannya dari mengalami kepupusan. Terima kasih kepada DYAM Tuanku Raja Dihilir yang sudi mencemar duli bagi menjayakan program penanaman Orkid Kinta Weed ini dan juga kepada YB Dato Nolee Ashilin Mohd Radzi yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada warga Perbadanan Taman Negeri Perak...

  Selanjutnya..

PENGUMUMAN

1. Sempena Hari Harimau Sedunia pengumuman telah dibuat oleh kerajaan Negeri Perak bahawa Taman Negeri Royal Belum telah didaftarkan di bawah program CA|TS / Pemuliharaan Standard Harimau (Conservation Assured|Tiger Standards) dan menjadikan Perak negeri pertama mendaftar di Asia Tenggara.
2. Pengumuman Penutupan Pulau Sembilan atas arahan YAB Menteri Besar Perak dari sebarang aktiviti komersial demi melindungi khazanah pulau tersebut berkuat kuasa 1 April 2017.
3. Pihak Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) tidak dapat menyediakan kemudahan Generator di Kem Pelancongan Sungai Papan dan Sungai Kejar, walaubagaimanapun kemudahan lain dibuka untuk sewaan seperti biasa.

SEKAPUR SIREH

Seluruh warga kerja Perbadanan Taman Negeri Perak Darul Ridzuan ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi kami. Dengan terbinanya laman web ini, kami berharap ianya dapat memberi kemudahan serta maklumat kepada semua pengunjung laman web ini mahupun pengunjung-pengunjung Royal Belum dan Taman Negeri Pulau Sembilan. Selamat melayari laman web kami.

* Tender
* Pembaharuan Lesen
   
* Penginapan
* Pengusaha Bot
* Pemandu Pelancong
* Pengiklanan
* Wallpaper
   

SERTAI KAMI

 
FB - Perbadanan Taman Negeri Perak IG - Perbadanan Taman Negeri Perak TWITTER - Perbadanan Taman Negeri Perak YOUTUBE - Perbadanan Taman Negeri Perak FB - Taman Negeri Pulau Sembilan
 

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Perak dan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.