ALAM KINTA

Taman Negeri Alam Kinta merupakan sebuah lagi Taman Negeri yang diwujudkan selepas Taman Negeri Royal Belum dan Taman Negeri Pulau Sembilan. Taman Alam Kinta merupakan lokasi habitat dan persinggahan bagi pelbagai jenis burung. Terdapat 2 kategori burung yang terdapat di Taman Alam Kinta iaitu burung residen dan burung hijrah. Tarikan Utama di Taman Alam Kinta ialah Pulau Pucung dimana di Pulau tersebut terdapat beratus-ratus sarang burung pucung yang sukar ditemui di tempat lain. Di Taman Alam Kinta Juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan termasuklah menara tinjau, tapak perkhemahan, wakaf dan tandas untuk keselesaan pengunjung yang datang.

   
RASIONAL PENUBUHAN TAMAN ALAM KINTA
Taman Alam Kinta terletak di bawah Wilayah Kota Bharu, Daerah Kampar.
Berkeluasan 395.56 hektar dan diliputi kira-kira 60% tasik pelbagai kedalaman dan pulau-pulau kecil.
Merupakan salah satu produk pelancongan berasaskan eko pelancongan.
Telah Diisytiharkan sebagai Taman Negeri pada 6 September 2017.
Keunikan flora seperti teratai, kiambang, perupok dan rumpai air telah menarik kehadiran fauna seperti burung-burung liar yang berhijrah, hidupan liar dan ikan air tawar.
Keunikan flora dan fauna ini juga telah menarik minat pelancong untuk datang ke Taman Alam Kinta.
   
MATLAMAT PENUBUHAN TAMAN ALAM KINTA
Dapat mempromosikan Royal Belum sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Memperkenalkan Taman Alam Kinta sebagai salah satu Taman Negeri Di bawah Perbadanan Taman Negeri Perak.
Mempelbagaikan aktiviti pelancongan di Royal Belum.
Dapat mendedahkan kepentingan konservasi dalam alam semulajadi kepada peserta.
Untuk meningkatkan daya tarikan Negara sebagai destinasi pelancongan utama.